“Anonymous” dedahkan operasi “Mass Surveillance” Amerika ke atas rakyat dunia Arab

Posted on June 25, 2011

0


Ini berita aku ambik dari The Raw Story, link ke tulisan asal ada kat bawah.

Pada 7 Feb hari tu, geng “Anonymus” telah menggodam masuk ke dalam network sebuah kompeni pakar keselamatan internet, HBGary Federal, dan meng-download lebih kurang 44,000 (ada report cakap 70,000 lebih) email kompeni ni, sampai resign la CEO dia, Si Aaron Barr. Latar belakang pasal tu boleh check kat sini dan sini.

Hasil analisis ke atas kandungan email-email tersebut oleh geng “Anonymous” mendapati terdapat satu operasi risikan dan data mining secara besar-besaran telah dijalankan sejak 2 tahun lepas ke atas keseluruhan rakyat dunia Arab. Ini membolehkan mereka memantau segala aktiviti, perbualan, trend dan sikap berjuta-juta manusia di situ. Aku tak heran kalau pendapat orang ramai juga boleh dibentuk dan dimanipulasi oleh geng-geng elit ni. Lantas sehinggakan boleh berlakunya reformasi dan revolusi yang kununnya datang tulus dari jiwa rakyat bebas. Ye ke bebas? Hmm… perhimpunan Bersih 2.0 tu amacam pulak? Sibuk kununnya nak ikut macam kat Tahrir Square, kena kincing je la korang ni semua. Apa yang para elit illuminati ni buat kat dunia Arab, tak mustahil kalau ada juga dibuat di dunia Nusantara ni… wake up la kawan-kawan… jangan jadik kaldai.

Pak Arab sedang ber-revolusi sambil minum Barbican halal.

Nak tahu detail lagi, senang baca je la kat penulisan asal dan buatlah kajian sendiri. Aku sendiri pun baru nak buat research sikit-sikit. Post Berita Akhir Zaman kali ni aku cuma nak bagi rumusan spesifikasi operasi ni je dulu. Nanti bila tahap pemahaman aku dah meningkat sikit pasal isu ni, kalau sempat nanti aku akan ceritalah.

Baik…

Nama Operasi: Romas/COIN, sekarang dah digelar Odyssey. Sesiapa yang berminat nak mengkaji ke arah simbol-ism dan semantik, tak payah membazir sel otak, pergi lantaklah apa nama dia orang nak letak pun.

Geng Teknologi yang terlibat: 

Antara Produk dan keupayaan:

SocialEyez, dari websitenya sendiri mengatakan “Using a sophisticated Natural Language Processing (NLP) methodology, we process tens of millions of multi-lingual conversations daily for the most comprehensive, insightful picture of consumer opinions and trends”.

Personas, karakter-karakter Artificial Intelligence yang direka untuk memasuki laman-laman social network dan berinteraksi seperti manusia biasa dengan tujuan untuk mempengaruhi pendapat orang ramai. Demokrasi la katakan… Contoh seperti yang berlaku di digg.com.

Magpii (Magnify Personal Identifying Information), direka untuk mengumpul data-data peribadi bagi kegunaan ketenteraan Amerika.

Kesimpulannya, perang dunia ketiga telah berlangsung dan semakin rancak. Di dunia nyata dan maya. Tapi di Tanah Melayu ni kita lepak-lepak tidur dulu ya adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, dato’-dato’, Tan Sri-Tan Sri… Hah apa? Kau dah ada CyberTrooper? Keh-keh…

Side note: Aku rasa salah sorang geng “Anonymous” ni mungkin boleh diagak la dari mana dia datang… aku nak buat stail srikandi of mistisfiles la sikit, tinggalkan klu-klu dan pembayang-pembayang…

Pembayang kali ini…

Salam hormat dan jumpa lagi.

Laporan asal.

Posted in: Alamaya, Global, Teknologi