Rusia syak boss besar IMF dikantulkan kerana kecoh perihal simpanan emas Amerika yang lesap

Posted on June 9, 2011

0


Si Strauss Kahn kebosanan

Ini cerita pasal boss besar IMF yang baru saja meletakkan jawatan bernama Dominique Strauss Kahn yang ditangkap atas tuduhan cubaan merogol seorang pekerja hotel berumur 32 tahun di Sofitel Hotel, Midtown, New York yang secara kebetulan adalah seorang wanita beragama Islam.

Pandangan berkenaan mangsa boleh dibaca kat sini dan sini

Sebuah laporan untuk Si Putin dari Rusia, yang disediakan oleh Biro Sekuriti dia orang (FSB), mengatakan bahawa Si Strauss Khan ini dituduh di atas jenayah sex pada 14 May 2011 selepas dia kecoh perihal simpanan emas Amerika di Fort-Knox yang dah lesap.

Aku bukan nak mengatakan bahawa mamat ni difitnah ke apa, dan menafikan yang dia ada cubaan merogol perempuan tersebut. Ini geng-geng elit bang, dia orang ingat kuasa tu dia orang yang punya. Bila dah pegang kuasa, nafsulah yang diberi makan dulu… Makin besar kuasa, makin besarlah nafsu. Tu yang ada banyak kes pelik-pelik ni… parti liar la, perhambakan orang lain la, kanak-kanak hilang la dan sebagainya. Dia sama dia pun ambik lah video ka, gambar ka, pasang perangkap ka dan entah apa lagi la untuk dijadikan bahan ‘black mail’ kalau ada sesiapa yang cakap banyak.  Aku rasa Si Strauss Kahn mungkin ada terlebih kecoh sikit ni…

Okey, bersambung…

Menurut laporan sulit FSB tersebut, Si Strauss Kahn ni dah mulai curiga semenjak awal bulan May lagi apabila Kerajaan Amerika meleceh-lecehkan penghantaran emas sebanyak 191.3 tan kepada pihak IMF seperti yang telah mereka janjikan di atas perjanjian apatah aku pun tak faham. Pautan kepada penulisan asal yang ada menceritakan dengan lebih terperinci tentang perjanjian tersebut ada di bawah.

Sesama puak elit pun bergaduh pasal ‘janji’… lidah bila dah bercabang, mana kisah pasal ‘janji’ bang… Puak elit ni pun berpuak-puak dan bergeng-geng… Ada geng suka perang, ada geng suka lalalala, ada geng suka benda-benda yang berkilat dan berkilau, seperti emas dan batu permata, macam-macam. Tak silap aku dalam buku 13 Bloodlines of the Illuminati oleh Fritz Springmeyer tu, ada diceritakan macam mana geng dalam puak dia orang akan disingkirkan kalau tak ikut cakap. Boleh rujuk penulisan tu kat sini. Buat yang malas nak membaca, boleh tengok video kat sini. Jangan percaya bulat-bulat pulak, buat jadi rujukan je.

Bersambung kepada laporan sulit FSB tadi, ia ada juga mengatakan bahawa Si Strauss Khan ada bukti kukuh yang diperolehi daripada ‘orang dalam’ di CIA .

Dia ditangkap oleh pihak polis Amerika di atas kapal terbang sebelum sempat berlepas ke Paris. Semasa di tahanan, Si Strauss Khan ada menghubungi geng lalalala dia dan seorang tokoh bank utama Mesir, Mahmoud Abdel Salam Omar, 74 tahun, untuk mengambil atau menyimpan bahan bukti tersebut.

Si Mahmoud peniaga Mesir geng lalalala Strauss Kahn.

Tiba-tiba, Si Mahmoud ni pulak kena tuduhan melakukan gangguan seksual ke atas seorang pekerja hotel berumur 44 tahun di Pierre Hotel, New York baru-baru ini. Aktiviti penyakit otak dia orang ni pun didedahkanlah untuk tatapan umum dan dihukum berdasarkan pendapat orang ramai. Demokrasi lah katakan… Geng Naruto pun ada berdiskas sedikit pasal kes Si Mahmoud ni di sini.

Walaupun sudah menjangkau 74 tahun, kira Si Mahmoud ni lagi terer la dari sorang elit lokal kita yang berumur 60an dan boleh 2 kali dalam 20 minit… Melawak sikit, jangan marah no…

Si Putin berikan pandangan jauh

Si Putin dari Rusia, bila ditanya oleh pemberita berkenaan isu Si Strauss Kahn, berkata “I don’t know much about the possible political reasons and don’t even want to touch on this issue, but it really is hard to believe that everything is as it was initially presented. I just can’t believe that – it is beyond me to understand it.” Di luar jangkauan pemikiran kepala otak Si Putin tu bang… Rujukan di sini.

Si Putin ni mungkin sedara-mara dari puak elit lain, dia sendiri pun konfius. Apalah puak-puak ni tengah kecoh sangat ni agaknya?

Si Ron Paul bersama geng lalalala dia.

Seorang ahli kongres Amerika sendiri, Ron Paul pun dah lama cakap pasal Kerajaan Amerika tidak berterus terang perihal simpanan emas di Fort Knox . Pada lewat tahun 2010, Si Ron Paul ada usulkan agar Federal Reserve diaudit berkenaan simpanan emasnya tetapi berjaya ditentang oleh konco-konco Si Obama.

Kecoh jugak mamat ni. Tetapi kenapa dia tidak didedahkan pulak tabiat pelik belakang tabirnya? Itu pun kalau ada lah… Pada pendapat aku, mungkin sebab dia tak ada bukti kukuh kut. Jadi biarkan je lah dia ni cakap apa yang dia nak cakap, lama-lama orang pun akan bosan, dan yakin yang cerita-cerita dia ni semuanya bohong dan konspirasi belaka.

Seawal 2009 lagi, perihal emas Federal Reserve di Fort Knox ini dah dikantulkan oleh kerajaan China apabila mereka mendapati jongkong emas dari Amerika adalah palsu. Boleh kaji dengan lebih lanjut jika rajin. Dengan bermula di sini.

Sekarang, mengikut laporan dari Amerika, Si Strauss Kahn ni pun tak nak mengaku kalah. Dia dikatakan telah mengupah satu kumpulan yang dianggotai oleh bekas perisik CIA, penyiasat persendirian dan penasihat media untuk membantu beliau melawan balik. Yeah…gaduh! Ke main wayang?

Apakah kesannya ke atas ekonomi global sekiranya dakwaan dan laporan FSB ini adalah benar? Aku pun tak tahu. Tap mengikut rasa aku yang sikit pun tak mahir dalam bidang ekonomi ni… masak bang! Terbarai…

Sekian dari posting sulung Berita Akhir Zaman. Harap aku akan merajinkan diri untuk menulis lagi di posting akan datang.

Hati-hati, jangan percaya bulat-bulat. Artikel asal dan penulisnya.

Posted in: Ekonomi, Global